PROMOSI SEPTEMBER 2020

PROMOSI SEPTEMBER 2020

Mohon pilih buku promo bernilai RM12 ini. Nyatakan kod kepada ejen BLINK.

SP01

A ATAU MATI
NOVEL

Pilihan diberi: Cemerlang peperiksaan dapat A atau mati? Sememangnya ini kisah thriller penuh debaran.  Diselit banyak nasihat-nasihat insani… agar manusia jadi lebih simpati dan empati. Bukan semata melihat keputusan akademik.

SP02

AKHIRNYA AKU TERPENJARA
NOVEL

Bacalah kisah diari kehidupan seorang anak derhaka yang mengejar duit tanpa restu ibu bapa. Akhirnya terseksa di neraka dunia, ditahan terpenjara di negara asing. Menekankan betapa restu ibu itu penting dalam setiap aspek kehidupan.

SP03

AKU MAHU JADI SEOULVIVOR
NOVEL

Mahukan percutian ke Korea sebagai hadiah hari jadi? Bagaimana kalau ia bertukar menjadi pengalaman ngeri? Kisah yang kelakar dan mendebarkan. Pembaca juga dapat mempelajari tip-tip survival di luar negara jika ditimpa tragedi.

SP04

BAHAYA PATUNG SYAITAN
NOVEL

Kisah benar lima patung berpuaka yang popular di seluruh dunia. Sarat pengajaran berlandaskan ajaran Islam… adakah boleh menyimpan patung di rumah? Baca kisah ini dan dapatkan hukum agama yang disisipkan oleh Pencetus Ummah Dr. Taha.

SP05

BASIKAL LAJAK
NOVEL

Pelumba Haram Berumur 15 Tahun

Kisah benar Geng Basikal Lajak yang maut telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Novel ini  memberi kesedaran tentang isu betapa pentingnya pengaruh rakan sebaya.

SP06

D MACAM DAJAL
NOVEL

Daus, Ajaque, Jojo, Amy dan Lebam digelar Senior Dajal. Membuli junior sesuka hati, mengerah tenaga tanpa simpati. Tanpa mereka sedari diri sendiri bakal menerima balasan yang perit dan menginsafkan betul-betul tatkala menghadapi SPM!

SP07

DAHSYATNYA UPSR 2
NOVEL

Apa? UPSR kurang dari sebulan tapi belum bersedia? Jangan bimbang. Baca kisah Daniel yang membuat pecutan terakhir. Bangkit dari kegagalan, semangatnya terbit apabila teringatkan pengorbanan serta pengharapan ibu tersayang.

SP08

DIARI AHLI SYURGA
NOVEL

Ini diari pesakit yang akan mati dalam 40 hari. Beliau membeli kain kapan, menempah liang lahad sendiri. Menyelesaikan semua keperluan bagi memastikan matinya diredai. Sarat hadis sahih dan ayat Al-Quran tentang syurga yang didamba semua insan.

SP09

DOA BUAT ANAK SOLEH
NOVEL

Anak-anak soleh adalah tiket ke syurga buat ibu bapa. Jika tersalah didik,  maka binasalah aset… jadi liabiliti pula. Inilah 5 kisah berbeza. Anak jadi derhaka…  mungkin ada silap orang tua. Pada akhirnya…  cara hidup Islam mesti dipupuk sejak dari awal usia.

SP10

DOA BUAT ANAK SOLEHAH
NOVEL

Jaga 100 ekor lembu,  lebih senang dari menjaga SEORANG anak perempuan! Begitulah perumpamaan mengatakan. Namun Al-Quran ada penyelesaian.  Inilah 5 kisah tentang hubungan anak dan ibu bapa yang boleh dijadikan teladan.

SP11

KUCING PALING DIVA
NOVEL

Apakah yang terjadi jika kucing menjadi pewaris harta jutaan ringgit? Apabila kucing lebih kaya daripada manusia… siapa pula yang menjadi tuan? Kisah mencuit hati ini sarat pengajaran tentang keikhlasan manusia menjaga haiwan amanah Tuhan.

SP12

MUNCULNYA DAJAL AL-MASIH
NOVEL

Jikalau Dajal muncul, adakah kita sudah bersedia? Apakah tanda-tandanya menurut hadis sahih dan ayat Al-Quran? Ikuti novel keagamaan penuh debaran… tentang apa yang akan berlaku pada akhir zaman. Serius menginsafkan!

SP13

OMG! GILA MEOW
NOVEL

Meow! Comel dan gebunya kucing itu!  Eh, jangan terburu-buru bawa pulang si bulu itu! Pencinta kucing mestilah berilmu. Baca kisah ini untuk menimba kemahiran menjaga si haiwan manja.  Menjaga kucing pun ada seninya.

SP14

CINTA SEMANIS IBU
NOMIK

NOMIK (novel + komik) pertama yang berjaya menambat hati pembaca perempuan dengan kisah indah dan lucu bersama ibunda tercinta. Oh… banyak plot menyentuh hati. Jadi jangan lupa sediakan kotak tisu di sebelah ya!

SP15

LAWAK LULUS PERIKSA
KOMIK

Sebut perkataan PEPERIKSAAN, semua pelajar pasti kecut perut dan kecut buah pinggang.  Berpeluh satu badan. Berdebar jangan cakaplah!  Komik ini mengumpulkan lawak-lawak berkaitan peperiksaan. Diselitkan tips belajar bagi menambah ilmu dalam dada juga.

SP16

LAWAK SUPERHERO
KOMIK

Mengisahkan kehidupan sekumpulan superhero yang penuh keceriaan dan lawak jenaka. Lebih luarbiasa lagi, superhero ini bukan manusia biasa… tetapi merupakan kentang-kentang  comel yang perkasa lagi adiwira.

SP17

LAWAK SUPERHERO 2
KOMIK

Bila superhero dan kentang disatukan, maka terciptalah kisah lawak yang lain macam. Bersedialah, pasti ketawa terbahak-bahak. Bukan Batman tetapi BatKentang. Bukan Superman tetapi Superkentang. Menarik bukan?

SP18

PERANG ROBOT 2
KOMIK

Planet Woodeus yang hijau semakin hampir dengan kemusnahan. Siapakah yang mampu menjadi penyelamat dengan membangkitkan Kuasa Rimba? Ini kisah penuh aksi, khas buat anak-anak lelaki yang minat robot sebagai hobi.

SP19

PERANG ROBOT 3
KOMIK

Menang disanjung, kalah menjadi hamba yang tersiksa! Begitulah kejamnya perlumbaan galaksi di Raceland Paradise. Pertempuran robot ini puncak segalanya. Dapatkan segera bagi menambah minat anak lelaki membaca.

SP20

ROHBOT 3
NOMIK

Dua sahabat penangkap rohbot (roh + robot) bermasam muka. Misi habis tergendala. Kemusnahan berleluasa. Mampukah bekerjasama? Ini kisah persahabatan, pengajarannya… buang ego jauh-jauh wahai remaja sekalian!